//Fantasy Island
BeRfIkIr lHa sEbElUm mEmIlIh yA!!!!
Isnin, 4 Jun 2012 | 0Superstar (s)!

4 jun 2012.... 18:40pm
Jangan cinta kerana dia lelaki..kelak kita akan membenci..jika dia bukan lelaki yang dicari..hanya pandai menabur janji..
Jangan dirindu pada paras rupa..kelak kita akan terseksa..jika dia tidak sebaik rupanya..senyumnya manis tipu belaka..
Jangan disayang kerana berharta..kelak kita hidup menderita..jika hartanya habis dibelanja..sukarnya hidup miskin dan papa..
Jangan dikasih kerana dipuji..kelak kita menagih janji..jika rupa berkedut dimamah hari..hilang sudah puji memuji..
Jangan dicari seorang kekasih..kelak kita akan disisih..jika kasih luntur bersih..menangislah diri hidup bersedih..


Jangan disambut salam rindu..kelak kita menahan sendu..jika rindu tak dapat disatu..dimanakah akan kita mengadu..
Jangan dilayan seorang teman..kelak hidup menjadi ancaman..jika teman tidak beriman..dibakar api dihari kemudian..
Wahai sahabat wahai teman..carilah dia kerana Tuhan..untuk menambah ceteknya iman..bekalan diri hidup berteman..
Wahai sahabat wahai teman..cintailah dia kerana beriman..dijadikan Tuhan sebagai pasangan..baik buruk ketentuan Tuhan..
Wahai sahabat wahai teman..terimalah dia penuh keikhlasan..andai buruk anggaplah dugaan..andai baik pujilah Tuhan..
Wahai sahabat wahai teman..ingatlah akan janji Tuhan.isteri yang baik besar balasan..suami penyabar itulah kemenangan..

#Tidak mengapa jika awak tidak kacak janji perangai awak kacak.
Tidak mengapa j...ika awak tidak putih janji hati awak putih berseri. 
Tidak mengapa jika awak tidak kaya harta janji awak kaya dengan budi bahasa.
Tidak mengapa jika awak tidak pandai berkata-kata janji awak jujur dan tepati janji.
Tidak mengapa jika awak tidak pandai bernyanyi janji awak pandai membaca al-Quran dan selawat.
Tidak mengapa jika awak tidak tahu bab artis atau hal duniawi janji awak tahu bab agama dan dapat bimbing saya ke jalan Allah swt.
Tidak mengapa jika awak terlambat berjumpa dengan saya janji awak tidak terlambat bertemu dengan Allah swt... :)






Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Hi peeps. I'm human and blahblah goes here. Change with your suwettie words :D

underlined, bold

blockqoute


Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Cherrybam and NadyaWiwit
Basecode by : Nadya
Header by : Munirah
Sidebar coding : Kak Fatin Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!